Ayam kampung adalah istilah yang diberikan kepada
ayam
yang dipelihara secara lepas atau bebas. Kebiasaanya ayam ini
dipelihara di kawasan luar bandar atau di kawasan perkampungan. Nama
saintifik bagi ayam kampung ini ialah Gallus domesticus adalah dari keturunan ayam hutan merah (Gallus gallus) manakala di sebelah Negara Barat mereka memanggilnya dengan gelaran ayam ternak lepas (free range chicken) atau ayam organik (organic chicken).
Pada asalnya ayam kampung ini telah lama diternak di
Malaysia dan negara-negara dunia ketiga lain. Dengan kemasukan pedagang-pedagang luar suatu masa dahulu khususnya pedagang dari Negara
China ini yang membawa baka ayam yang dinamakan
Canton telah dikacukkan dengan ayam di sini maka lahirlah generasi kedua ayam kampung ini. Pada zaman penjajahan Inggeris di tanah
Melayu pula mereka membawa baka dari negara
Eropah maka dikacukkan dengan ayam-ayam yang terdapat di sini. Sejak itu lahirlah berbagai gelaran ayam kampung seperti ayam botak,
ayam bulu balik,
ayam selasih,
ayam janggut,
ayam laga atau
ayam sabung,
ayam togel,
ayam katik atau ayam Jepun dan bermacam-macam lagi gelaran mengikut tempat dan loghat.
Ayam kampung dipelihara di kawasan perkampungan luar bandar dan ada
sesetengah penternak menyediakan reban untuk ayam kampung ini tidur pada
waktu malamnya. Jika penternak yang tidak menyediakan
reban ayam, ayam-ayam kampung ini akan tidur di atas pokok yang renek bagi mengelak dari diserang oleh
musang pada waktu malam.
Ayam kampung ini mestilah mempunyai peluang untuk bergerak aktif
tanpa perlu dikurung pada waktu siang hari dan pandai mencari makanan
tambahan seperti serangga kecil, ulat,
belalang dan
cacing
serta bahan daripada tumbuhan seperti bijirin, buah dan dedaun termasuk
dari spesies tumbuhan herba. Kebiasaanya penternak ayam kampung ini
akan memberi makanan berupa sisa makanan, lebihan nasi, dedak,
jagung,
ubi dan sebagainya pada waktu sebelah pagi sebelum ayam-ayam ini berkeliaran mencari makanannya sendiri.
Ayam-ayam kampung ini begitu aktif bergerak dan pergerakan otot yang
aktif serta pengambilan makanan berunsur organik menghasilkan
daging
yang lazat dan berkhasiat tinggi. Ciri-ciri daging yang enak dan
berprotein tinggi tanpa kolesterol ini menyebabkan harga ayam kampung di
pasaran
adalah tinggi berbanding dengan harga ayam daging komersil. Daging ayam
kampung ini juga agak liat, pejal dan manis berbanding dengan ayam
daging komersil yang dijual di pasaran.
Selaian itu
baka
ayam kampung ini mempunyai bulu tipis, lebih berat, kaki besar dan
panjang, kulit berwarna kuning atau kemerahan-merahan. Ayam kampung
KH-B1 diternak secara separa bebas dengan makanan komersil dan makanan
berasaskan padi sebagai makanan utama. Ekstrak bawang putih, halia dan
gula merah sebagai antibiotik juga rumput napier sebagai penyedap rasa
dagingnya. Semburan BIO-TEC dilakukan secara berkala untuk menghapuskan
bau yang tidak menyenangkan dan menghapuskan lalat juga sebagai minuman
kesihatan kepada ayam. Berat ayam KH-B1 untuk dipasarkan ialah: Betina
1.7kg - 1.9kg, Jantan 2kg - 2.5kg.